Cerita Seekor Kucing MUEZZA


" si peri kecil terjumpa sumthing d goggle"
mari kita share arhh


Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan."

sekadar gambar hiasan (kucing aku wei)


kucing ni tak tahu sapa punya , aku jumpa ia beranak berdekatan kedai ku lalu aku letakkan dalam kotak

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Ini adalah sedikit cerita tentang Muezza (atau Mu'izza, معزة‎), seekor kucing betina kesayangan Nabi Muhammad SAW. Suatu hari Nabi Muhammad terbangun kerana suara azan. Ketika Nabi hendak berpakaian untuk pergi ke masjid, beliau menemukan Muezza sedang tertidur lelap di atas jubah yang akan dipakainya, tepatnya di bahagian lengan. Karena tidak mahu membangunkan Muezza, akhirnya Nabi mengambil gunting untuk memotong jubahnya dan meninggalkan bahagian lengan yang ditiduri Muezza. Kemudian Nabi meninggalkan Muezza tanpa mengganggunya sedikitpun.

kenakalan muezza mencuit hati!

Sekembalinya dari solat, Muezza menghampiri Nabi dan menundukkan kepalanya sebagai tanda terima kasih. Sebagai balasannya, Nabi mengusap Muezza sebanyak tiga kali. Kisah lain menyebutkan bahwa ketika Nabi memberikan khotbah di kediamannya, seringkali Nabi membiarkan Muezza dipangkuannya.

Begitulah rasa sayang dan kecintaan nabi terhadap kucing .


aku betul2 nda sangka nama kucing aku c muezza 2 ada kaitan ngan kucing Nabi
patut la perangai dia lain macam
bila panggil pandai menyahut
sayur ampai2 d atas meja dia makan
mo kencing or e'ayak pandai panjat mangkuk tandas actually mmg ada sedia tempat dia melabur kan amanah saham dia 2
tpi memandangkan tempat 2 sua penuh ngan (&^%&#@ dia, macam geli pula dia tau

tgk la sendiri


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.. Datang Lah Lagi..

0 comments:

Post a Comment